PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
NADI adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana NADI yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, NaDi juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di NADI tersebut.
Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama berikut:
- Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan
- Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat
- Merapatkan jurang digital.
RAKAN DIGITAL
Seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan.
0 Comments